Friday, October 17, 2008

Kerjaya Guru Kian Mencabar..


Assamualaikum..
Gelaran guru, pensyarah atau pendidik, merupakan golongan yang berperanan dalam mencorak, mendidik dan melahirkan generasi berilmu..
Kerjaya ini dianggap sebagai antara kerjaya tertua di dunia. Guru adalah merujuk kepada seseorang yang pakar dalam sesuatu bidang. Di universiti, ia dirujuk sebagi tutor atau pensyarah. Dalam hal ini, golongan ini membawa maksud lebih tinggi dam merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal berkaitan kerohanian.
Oleh hal demikian, golongan ini perlu mahir dalam sesuatu objek serta perlu mengukuhkkan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Meskipun menggunakan kaedah berlainan, asas dan objektif pendidikan tetap sama. Untuk menjadi seorang guru yang baik, pemilihan dan penilaian bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, malah latar belakang, kesungguhan, matlamat serta mencintai bidang pendidikan. Tugas dan amanah berat yang menanti turut memerlukan golongan ini melengkapkan diri dengan sahsiah diri positif serta tahu menggunakan kemahiran bagi menjalankan tanggung jawab.
Bagi mereka yang ingin menceburi kerjaya ini, kelayakan setara sekurang-kurangnya diploma hingga doktor falsafah diperlukan. Oleh itu, sumbangan guru telah mendapat pengiktirafan negara apabila tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai "Hari Guru". Hari Guru Antarabangsa pula ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) pada 5 Oktober pada setiap tahun.
Oleh itu, profesion guru memerlukan tahap kesabaran dan kegigihan yang tinggi kerana pelbagai cabaran sedang menanti mereka yang bakal bergelar GURU..

3 comments:

cahayahati said...

All the best to u...be the bst teacher!!

leena said...

be a good teacher k...cayok2...

MOHD FITHRI BIN JEMARI said...

wah3...btl2 minat jd ckg ekkk...lalala